Tindakan tutup premis di kenakan jika terdapat ketidakpatuhan SOP PKP serius

Kelihatan Datuk Rasol Wahid (kiri) ketika mengikuti pemantauan Ops Catut 8.0 di Plaza Low Yat,, Kuala Lumpur pada 28 Jan, 2021.

CYBERJAYA, 5 Feb: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang didapati tahap kepatuhan premis terbabit terhadap prosedur Operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap serius.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rasol Wahid berkata perkara itu terbukti apabila 45 premis telah di kenakan tindakan kompaun sementara 554 premis lagi diberikan amaran.

“Sejak 4 Mei 2020 hingga 2 Februari 2021, sejumlah 348,409 premis diperiksa untuk pematuhan  SOP oleh Penguatkuasa KPDNHEP dan mendapati  97.66 peratus atau 340,245 premis daripadanya mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 45 premis atau 0.013 peratus dikenakan kompaun, 554 premis atau 0.159 peratus di beri amaran dan 7,567 premis atau 2.172 peratus diberi nasihat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Antara premis-premis yang dikenakan kompaun termasuklah farmasi, kedai telekomunikasi, restoran, kedai aksesori kenderaan, kedai pakaian dan bengkel kenderaan.

Sementara itu, beliau berkata, sejumlah 5,981 notis di bawah seksyen 21 AKHAP 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga di seluruh negara sepanjang PKP 2.0 yang dilaksanakan hingga 2 Februari lalu.

Katanya, kesemua notis terbabit dikeluarkan menerusi tiga operasi berasingan iaitu Ops Pasar 2021 bagi memastikan bekalan sayur-sayuran mencukupi, Ops Catut 8.0 untuk memantau harga barangan elektronik dan komunikasi dan Ops Rantai 7.0 bagi memastikan rantaian bekalan minyak masak tidak terputus dan bekalan mencukupi.

Menerusi Ops pasar 2021 yang bermula pada 12 Januari, 2021 lalu yang memeriksa rantaian bekalan bagi lima  barangan yang terdiri daripada tomato, cili merah kulai, cili merah minyak, lobak merah dan kubis bulat import (Indonesia dan China) telah mengeluarkan sebanyak 449 notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 dari sebanyak 413 premis dan 1,151 barangan yang diperiksa.

“Ops Catut 8.0 yang telah dilancarkan pada 25 Januari, 2021 pula melibatkan lima jenis perkakasan yang terdiri daripada komputer meja (desktop), komputer riba (laptop), tablet, mesin pencetak (printer) dan telefon bimbit susulan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) telah mengeluarkan 261 notis di bawah seksyen 21 AKHAP 2011.

Manakala, Ops Rantai 7.0 yang bermula pada 26 Januari, 2021 di peringkat rantaian pembekalan yang melibatkan minyak masak kapasiti 500gram, satu kilogram, dua kilogram, tiga kilogram dan lima kilogram telah mengeluarkan 37 notis di bawah seksyen yang sama dari jumlah 22 premis dan 40 barangan yang diperiksan sejak 26 Januari, 2021,” katanya.

Rasol berkata, menrusi pemantaun yang dilaksanakan setiuapa hari di seluruh negara turut mendapati keberadaan bekalan barangan khususnya keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang dan pelitup muka di peringkat peruncit dan pemborong adalah pada tahap stabil dan mencukupi.

Katanya, sehingga 1 Februari lalu, sejumlah 181,151 peruncit, 53,912 pemborong dan 9,227 pengilang telah diperiksa.

“Sehingga 1 Februari, 2021 mendapati tiada krisis yang direkodkan berlaku di mana-mana kawasan di negara kita,” katanya. — DayakDaily