Tiffany dinobat Ratu Kebaya Nyonya Karnival Kepenggunaan Kapit 2020

Tiffany (duduk) dinobat Ratu Kebaya Nyonya Karnival Kepenggunaan Kapit 2020. turut kelihatan Izra (dua dari kiri) dan Michelle (dua dari kanan).

KAPIT, 19 Sept: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tiffany Sembar Anthony dinobat Ratu Kebaya Nyonya Karnival Kepenggunaan Kapit 2020.

Dengan gelaran tersebut, Tiffany, 27, membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 beserta piala, hamper dan sijil.

Pertandingan diadakan bersempena dengan Kempen Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diadakan di Fort Sylvia disini semalam.


Sementara itu, Izra Darvika Jeffery Aba, 19, meraih tempat kedua pertandingan yang dianjurkan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Pampang Kapit.

Izra yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Samarahan pulang dengan hadiah wang tunai RM1,300 beserta piala, hamper dan sijil.

Tempat ketiga pula dimenangi Michelle Imang, 19, yang merupakan pelajar Politeknik Mukah.

Beliau pulang dengan hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala, hamper dan sijil.

Gelaran sampingan ‘Best Costume’ dimenangi Stephanie Claire.

Hadiah disampaikan isteri Ahli Parlimen Kapit Datin Angeline Celestine Ujang.

Turut hadir Ahli Parlimen Kapit yang juga Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nanta Linggi.-DayakDaily.