BA’KELALAN, 29 Mac: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) telah berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang di Sektor Op JAGAKAWAN, Baākelalan, Sarawak pada 29 Mac 2024.
Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dalam kenyataan medianya berkata sepasukan anggotanya yang menjalankan rondaan di Kg Punang Kelalan, Baākelalan, Sarawak iaitu jarak lebih kurang 900 meter dari sempadan Indonesia telah menjumpai bungkusan kanvas yang mencurigakan sekitar jam 9.45 pagi.
Katanya, hasil pemeriksaan mengesahkan terdapat 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan tiga tong minyak diesel 35 liter berjumlah 105 liter.
“Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,422.75 dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lawas pada 3 April 2024,” katanya.
Laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Baākelalan.
Ujarnya, Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia.
“Ini adalah bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” katanya. ā DayakDaily