Tentera cedera di tangan dalam kemalangan di Siburan

Mangsa mendapatkan rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

KUCHING, 11 Dis: Seorang anggota tentera cedera di tangan selepas motosikal diboncengnya berlanggar dengan sebuah kereta hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku di jalan Taman Duranda Emas, Siburan pada jam 5.30 petang.

Katanya, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun.


“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara penunggang motosikal dan pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami kecederaan. — DayakDaily