Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan di Kota Samarahan

Mangsa diberikan pertolongan kecemasan di lokasi kejadian.

KOTA SAMARAHAN, 12 Dis: Seorang penunggang motosikal dikejarkan ke hospital selepas terlibat kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan UiTM Kampus 1, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 7.58 pagi.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati mangsa dalam keadaan sedar sedang duduk menunggu bantuan.


“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 19 tahun dan setibanya di lokasi kejadian didapati dia sedang duduk dan mengadu sakit di tangan dan kaki.

“Mangsa seterusnya distabilkan dan diberikan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas
selesai tugas di lokasi kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.13 pagi. — DayakDaily