Lelaki cedera, kereta terbabas di Similajau, Bintulu

Pasukan Bomba sedang mengeluarkan mangsa.

BINTULU, 7 April: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas berdekatan Kem PLKN Similajau, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhuhung kejadian pada jam 11.51 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setiba di lokasi, komander operasi lapor kemalangan kendiri melibatkan sebuah Proton Saga telah terbabas di bahu jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 25 tahun masih berada di dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasukan Bomba kemudian bertindak menstabilkn mangsa.

“Seterusnya mangsa dikeluarkan dan diangkat menggunakan pengusung dan kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Setelah operasi selesai, pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai. — DayakDaily