Lelaki tersepit dalam kemalangan babitkan lori dan pikap di Sarikei

Keadaan kereta mangsa selepas kemalangan tersebut berlaku.

SARIKEI, 19 Jan: Seorang lelaki dilaporkan tersepit selepas kenderaan Toyota Hilux dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sarikei-Bintangor.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.23 petang.

Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki dewasa masih dalam sedar yang terperangkap di tempat duduk pemandu dalam kenderaan Toyota Hilux.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit pada bahagian kaki dengan menggunakan peralatan menyelemat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seterusnya mangsa diserahkan kelasa Unit EMRS untuk diberikan rawatan awal.

“Mangsa telah distabilkan, seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. — DayakDaily