Teman pili bomba diiktiraf, dihargai

Gambar sepanjang program tersebut semalam.
Advertisement

KUCHING,17 Dis: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak telah menyampaikan Sijil Teman Pili Bomba, semalam.

Program penyampaian sijil tersebut yang dijalankan di hadapan bangunan YAHOS di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) disempurnakan oleh Ketua Bomba Zon 1 Yusri Basri.

Objektif program adalah untuk memberikan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan pili Bomba dan aset kerajaan.

Advertisement

“Teman pili bomba ini juga berperanan untuk memastikan pili Bomba sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutamanya ketika kebakaran,” kata jurucakap Bomba.

Selain itu, program tersebut juga untuk mewujudkan kerjasama erat antara masyarakat dengan Bomba.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Balai Batu Lintang, Raffy Saibi, Pegawai Bomba Arahman Spiee, Dennis Nuon dan Noel Dony Savat. — DayakDaily

Advertisement