Suspek tumbuk, tampar wanita warga asing di MJC berjaya dikesan

Tangkap layar video kejadian yang tular di media sosial.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

KUCHING, 24 Sept: Seorang wanita warga asing yang dipaksa minum serta ditampar dan ditumbuk di sebuah kedai makan di MJC Jalan Batu Kawa dilaporkan berada dalam stabil.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, mangsa juga telah dirujuk kepada Konsulat Indonesia di Kuching sementara siasatan polis dijalankan.

“Selain itu, suspek utama iaitu lelaki tempatan berusia 24 tahun juga telah berjaya dikesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara dan didenda.

“Saksi-saksi kejadian juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Padawan,” kata Lim.

Tambahnya, kes tersebut juga didapati tiada elemen gangsterisme.

Sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan terus kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi negatif yang dikhuatiri menganggu siasatan polis,” ujar Lim. — DayakDaily