Suspek meninggal dunia akibat terkena tembakan di paha dan perut

Persuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING: Kematian lelaki yang dikatakan melarikan diri daripada pihak polis serta memiliki senapang patah di dalam keretanya di Jalan Simpang Tiga, di sini disahkan akibat terkena dua das tembakan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Aidi Ismail berkata suspek berusia 24 tahun terbabit cedera terkena tembakan di paha dan perutnya.

Berikut katanya adalah hasil daripada bedah siasat yang dijalankan di Hospital Umum Sarawak (HUS).


Katanya, jenazah suspek telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Selain itu, ketika ditanya adakah suspek berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, Aidi berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas suspek.

Sementara katanya, lima anggota polis trafik yang terbabit dalam kes tersebut telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran untuk melancarkan siasatan lanjut. — DayakDaily