Suspek kes pecah kubur di Riam ditahan polis

Kelihatan suspek (tengah) yang disyaki dalang pecah kubur dan curi barangan di kawasan perkuburan Riam.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 22 Julai: Seorang lelaki tempatan disyaki dalang utama pecah kubur dan mencuri barangan di perkuburan Riam telah ditahan malam Selasa (Julai 21).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, suspek berusia 28 tahun itu ditahan susulan laporan polis berhubung kejadian pecah kubur di kawasan tanah perkuburan itu pada Jumaat lalu (Julai 17).


“Suspek telah ditahan sekitar jam 9.45 malam di perkarangan bangunan sebuah bangunan pasar raya di Riam.

Hasil siasatan awal, suspek telah mengaku terlibat dalam kegiatan pecah kubur dan mencuri barang di perkuburan Riam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan di tenpat perkuburan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua duanyasekali, jika sabit kesalahan.

“Suspek baru sahaja keluar penjara pada 15 Julai, hasil siasatan kita, suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau sejak 2014 hingga 2018,” ujar Lim.

Suspek jugak terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. — DayakDaily