12 kubur di Tatau diceroboh

Antara kubur yang diceroboh.

KUCHING, 24 Okt: Sebanyak 12 buah kubur di kawasan Perkuburan Kristian Bagiau di Tatau telah diceroboh.

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis dalam satu kenyataan berkata, laporan berhubung kejadian tersebut diterima pada Ahad (22 Okt) lepas.

“Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian mendapati sebanyak 12 buah kubur mempunyai kesan galian berkedalaman 2 hingga 3 kaki di bahagian kepala setiap kubur.

“Kawasan perkuburan tersebut tidak mempunyai penjaga dan tidak berpagar,” katanya.

Tambah beliau, tanah perkuburan tersebut dikelilingi hutan belukar dengan jarak dari Pekan Tatau ialah 30 minit perjalanan menggunakan laluan sungai.

Katanya, tiada akses jalan darat ke kawasan tersebut.

Laporan diklasifikasi sebagai kes pecah kubur dan disiasat dibawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. — DayakDaily

Antara kubur yang diceroboh.