Kena ragut semasa isi semula botol air

Water. — DayakDaily.com file pic. // Image by congerdesign from Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Ogos: Seorang juruelektrik baru sahaja hendak mengisi air dari sebuah mesin air mineral di Tudan, sebelum beg sandangnya tiba-tiba diragut dua lelaki pada petang Sabtu (15 Ogos).

Menurut sumber, dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang itu, mangsa baru saja hendak mengisi air dari mesin tersebut ke dalam botol airnya sebelum dua suspek datang dari arah belakang dengan sebuah motorsikal secara tiba-tiba lalu meragut beg sandangya.


Mangsa yang berusia 22 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

Suspek telah memecut laju dari lokasi kejadian selepas meragut beg mangsa.

Berhubung kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat mangsa.

Bag mangsa mengandungi beberapa keping kad bank, kad pengenalan dan wang tunai sebanyak RM48.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, satu laporan polis telah dibuat selepas sebuah kubur diperkuburan masyarakat Kristian Katolik Riam 2 diselongkar petang Sabtu (15 Ogos).

Kejadian disedari keluarga si mati sekitar jam 5.12 petang, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Siasatan masih dijalankan. — DayakDaily