Suspek ditahan berkaitan serangan di tepi jalan kaki lima Miri

Suspek ditahan polis selepas tiba-tiba menyerang seorang lelaki yang tidur di tepi jalan kaki lima sebuah kedai kopi.

MIRI, 30 Jan: Polis menahan seorang lelaki yang telah bertindak memukul seorang lelaki yang tidur di tepi jalan kaki lima sebuah kedai kopi di Jalan Boulevard 3B, Boulevard Commercial Centre di sini malam tadi.

Tindakan suspek berusia 29 tahun itu mengemparkan bukan sahaja pemilik premis berkenaan, malah beberapa pelanggan dan orang awam yang kebetulan berada di lokasi.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.45 petang.

Bimbang kejadian tersebut mengundang kecederaan yang lebih di serius, pemilik kedai berkenaan telah segera menghubungi polis.

Sebuah kenderaan MPV polis peronda telah tiba di lokasi sekitar jam 7.05 malam dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.


Punca serangan masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan tangkapan. — DayakDaily