Covid-19: 5,728 kes positif baharu dan 13 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 30 Jan: Malaysia hari ini mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi sejak pandemik dengan 5,728 kes, iaitu peningkatan tiga kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 5,723 kes tempatan dan lima kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 209,661 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 47,388 kes,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 792 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 480 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 3,805 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 161,527 kes atau 77.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 319 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 120 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 13 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 746 kes.

ā€œDukacita dimaklumkan terdapat 13 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 12 kes warganegara dan satu bukan warganegara.

ā€œKes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing dua kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perak serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Melaka.

ā€œKKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,ā€ ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 16 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga kluster komuniti. ā€” DayakDaily