Siasatan kes rogol lokap Miri selesai minggu ini, kata Aidi

Aidi (tengah) pada majlis serah tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak oleh Norzanah (kiri) kepada Khoo (kanan).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 18 Jan: Siasatan polis berhubung kes rogol seorang tahanan gadis bawah umur di Balai Polis Pusat Miri dijangka selesai minggu ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, siasatan merangkumi segala aspek termasuk ketidakpatuhan ketika bertugas dan kecuaian anggota.

Advertisement

Katanya, siasatan juga melibatkan keberadaan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam balai tersebut.

ā€œCCTV memang ada tetapi difahamkan ia tidak boleh merakam dan hanya boleh dilihat oleh pengawal.

ā€œKejadian berlaku di bahagian tandas yang tiada CCTV, di lokap ada tetapi tidak boleh merakam.

ā€œSaya akan pastikan perkara ini disiasat,” katanya pada sidang media di Dewan Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Terdahulu beliau telah menyaksikan Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan (KJP) Kontinjen Sarawak oleh SAC Norzanah Buang kepada ACP Martin Khoo.

Tambah Aidi, hasil siasatan akan dikemukakan dan tindakan-tindakan seterusnya akan diambil terhadap ketidakpatuhan dan kecuaian anggota.

Dalam pada itu, Polis Sarawak telah menggantung tugas dua anggotanya yang bertugas dalam kejadian pada 9 Januari itu.

Gadis tersebut ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti judi online.

Ketika ditangkap di tempat kerjanya, mangsa telah ditahan di dalam tahanan berasingan untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun sekitar jam 4 hingga 5 pagi, lokap mangsa telah dibuka oleh suspek yang memiliki kunci lokap, sebelum bertindak merogolnya di tandas lokap.

Kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis, dan suspek kemudian ditahan lanjut serta didakwa atas perbuatannya.

Pada 12 Januari lalu, suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Miri dan mengaku bersalah.

Pada petang Sabtu, mangsa dan bapanya, diiringi Senator Alan Ling telah sekali lagi membuat laporan polis.

Kali ini membabitkan kecuaian pihak polis yang membenarkan kejadian ini berlaku di dalam premis mereka. ā€” DayakDaily

Advertisement