MIRI, 29 Mei: Seorang lelaki warga tempatan dari Long Laput maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika memburu sendirian di dalam hutan di kawasan Long Lama pada Khamis (27 Mei).
Dalam kejadian, mangsa, dikenali sebagai Cosmas Jau Mering, 37, telah pergi berburu sendirian ke dalam sebuah hutan di kawasan Long Lama dengan membawa selaras senapang patah.
Menurut ketua polis daerah Marudi DSP Jo Hang ketika dihubungi, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa sedang memanjat sebatang pokok, secara tiba-tiba senapang patah yang dipegangnya telah terjatuh ke tanah dan meletup lalu tertembak lengan kanannya.
“Mangsa telah cuba menghubungi rakannya yang tinggal berhampiran untuk bantuan,” ujar DSP Jo.
Mereka sampai di Klinik Kesihatan Long Lama sekitar jam 6.30 petang untuk rawatan, sebelum dia kemudiannya dibawa di Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Namun, mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Miri , empat jam selepas tiba dari Long Lama.
Kes diklaaifikasikan sebagai mati mengejut. — DayakDaily