Sarawak terus hargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan perangan Covid-19

Chief Minister ... Budget 2021 is fair, thanks Federal Government

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 25 Okt: Jasa dan pengorbanan yang dimainkan oleh pertugas barisan hadapan terus mendapat penghargaan daripada kerajaan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ketika orang ramai kekal bersama keluarga di rumah, pertugas barisan hadapan ini perlu berkorban masa demi berkhidmat untuk negara susulan penularan wabak Covid-19.


Pertugas barisan hadapan ini katanya merupakan  wira-wira negara yang tanpa ragu-ragu sanggup meredah risiko berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19.

“Mereka terdiri daripada pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi-agensi kerajaan berkaitan yang tanpa jemu melaksanakan tugas merekan dengan penuh dedikasi sejak wabak ini mula dikesan di negara kita serat di Sarawak.

“Oleh itu saya bagi pihak kerajaan berterima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan pertugas barisan hadapan yang telah berkorban begitu tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis Persembahan Muzikal Harmorni Sarawak Pemimpin bersama Rakyat ‘Hati ke Hati’ di sini malam tadi.

Katanya, penularan Covid-19 meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan apabila terdapat ahli keluarga yang tidak bersama dengan mangsa wabak tersebut di saat akhir mereka.

Pada masa sama, pertugas barisan hadapan terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga mereka kerana tuntutan tugas dan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

“Ini adalah keadaan yang sedih terpaksa kita hadapi ketika ini sebab itu saya ucap tahniah dan syabas kepada kementerian perlancongan, kesenian dan kebudayaan kerana mengadakan muzikal khas ini kepada mereka yang telah berkhidmat dengan begitu baik sekali,”katanya.

Abang Johari berkata, sehingg kini kerajaan Sarawak telah membelanjakan kira-kira RM80 juta yang disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) bagi melaksanakan tanggungjawab memerangi penularan Covid-19 di Sarawak.

“Mereka yang datang ke Sarawak kita suruh mereka kuarantin, semua ditanggung kerajaan Sarawak, termasuk makanan mereka, kerana ini adalah satu pengorbanan yang harus kita beri dan kita harap memadai kita membelanjakan demi untuk kesihatan kita semua,” katanya. —DayakDaily