Pertugas barisan hadapan sumbang kebekesanan adaptasi norma baharu

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 25 Okt: Perlaksanaan Standard Operating Prosedur  (SOP) dan juga norma baharu dalam kehidupan masyarakat pasca Covid-19 tidak akan dapat dilaksanakan  dengan berkesan tanpa sumbangan dan perngorbanan yang dilakukan oleh pertugas barisan hadapan.

Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata norma kehidupaan pasca Covid-19 mungkin sesuatu yang agak baharu kepada masyaratkat namun ia akan secara berperingkat menjadi kebiasaan di masa hadapan.


“Pengadaptasian norma baharu tersebut mungkin tidak akan berjaya tanpa ada pihak yang membantu dalam memastikan keadan psykologi, sosial dan juga emosi masyarakat sentiasa dalam keadaan baikmdan terkawal. Pada masa inilah khidmat barisan hadapan diperlukan daripada pelbagai sudut.

“Kita berasa terharu dengan kecekalan barisan hadapan yang mengenepikan keutamaan untuk bersama keluarga. Kita tahu pertugas-petugas telah tidak dapat kembali kepada keluarga mereka semasa mereka bertugas mereka dikuarantinkan dan tidak balik ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, usaha gigih semua pertugas barisan hadapan yang menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi ketika negara berdepan ancaman Covid-19 wajar dipuji dan dihargai bukan sahaja oleh pihak kerajaan bahkan seluruh lapisan masyarakat.

“Kita juga tidak lupa akan peranan ‘riders’ seperti Grabfood, Food Panda, lyfe dan juga penghantaran persendirian.

“Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sudah pasti khidmat mereka sangat diperlukan ketika rakyat sedang mematuhi arahan kerajaan yang mahu rakyat kekal berada di rumah masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis Persembahan Muzikal Harmorni Sarawak Pemimpin Bersama Rakyat ‘Hati ke Hati’ di sini malam tadi.

Abdul Karim berkata, sesuai dengan ungkapan ‘Kita jaga kita’, setiap lapisan masyarakat di negara ini merupakan barisan hadapan tatkala usaha untuk memerangi dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 sedang giat dilaksanakan.

Beliau turut menyeru setiap lapisan masayarat untuk terus bersama dan memberikan sokongan padu kepada pertugas di barisan hadapan yang tanpa jemu berkhidmat untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat sentiasa terjaga.

“Dengan adanya sokongan ini diharap dapat menyuntik semangat mereka untuk terus berkhidmat sehingga negera kita benar-benar bebas daripada wabak ini,” katanya. —DayakDaily