Sarawak peruntukkan RM799,505 bantu pesakit buah pinggang sejak tahun 2020

Datuk Seri Fatimah Abdullah

KUCHING, 11 Mac: Sebanyak 66 pemohonan Bantuan Pesakit Buah Pinggang diluluskan kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lalu sementara 13 lagi diluluskan setakat Februari lepas.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata bagi tujuan berkenaan kerajaan Sarawak telah memperuntukan sebanyak RM799,505 yang mana RM420,425 dibelanjakan pada 2020 manakala RM379,080 dibelanjakan bagi tujuan sama setakat Februari Lepas.

“Bantuan tersebut yang merupakan inisiasitif kerajaan Sarawak bagi membantu pesakit buah pinggang di negeri ini untuk mendapatkan rawatan penyakit buah pinggang.


“Bantuan ini merangkumi bantuan sokongan dan klinikal seperti pemasangan Arteriovenous Fistula (AVF), suntikan Erythopoietin (EPO), rawawatan hemodialisis dan Continuous Ambulatary Peritoneal Dialysis (CAPD),” katanya menerusi satu kenyataan semperna sambutan Hari Buah Pinggang sedunia hari ini.

Beliau berkata rekod Jabatan Kesihatan Negeri pada tahun lalu menunjukkan terdapat kira-kira 3,665 persakit buah pinggang di Sarawak.

Daripada jumlah tersebut 3,192 pesakit menjalani rawatan hemodialis, 352 menjalani rawatan CAPD manakala 121 pesakit lagi telah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang dan berada dalam tempoh pemerhatian.

“Menurut kajian oleh beberapa pakar Kesihatan tempatan, jumlah pesakit buah pinggang kronik di Malaysia meningkat dengan mendadak dalam tempoh sedekad lalu dengan kadar 9.1 peratus pada 2011 kepada 15.5 peratus pada tahun 2018.

“Lebih membimbangkan sekitar lima peratus mereka yang mengihidap penyakit buah pinggang kronik tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut,” katanya. — DayakDaily