Oleh Chris Bishop
KUCHING, 24 Ogos: Beberapa pertubuhan aktif di Sarawak dikenal pasti tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh mereka adalah tidak sah dan boleh dikenakan tindakan.
Menurut ketua pengarah ROS Masyati Abang Ibrahim, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa pertubuhan harus berdaftar dengan ROS untuk membolehkan mereka menganjurkan aktiviti.
Jika tidak, mereka akan dianggap sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan ditegah menganjurkan sebarang aktiviti.
“Di Sarawak, kita telah mengenal pasti beberapa pertubuhan yang tidak berdaftar dan menggesa pertubuhan tersebut mendaftar dengan kadar segera.
“Ini untuk membolehkan mereka menganjurkan aktiviti yang sah,” katanya kepada pemberita di Majlis Perasmian Program #ros_care Jelajah Hiper 2019 Peringkat Zon Borneo, di sini, hari ini.
Masyati berkata pertubuhan yang tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan berpandukan akta pertubuhan. — DayakDaily