KUCHING, 9 Feb: Sebanyak 75 kompaun dikeluarkan bernilai RM75,000 atas kesalahan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Op Pematuhan (Covid-19) oleh IPD Kuching untuk tempoh 1 Jan hingga 8 Feb.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata seramai 32 lelaki dan 32 lagi wanita dikompaun sebanyak RM64,000 keseluruhannya sepanjang tempoh tersebut.
Katanya, RM11,000 lagi kompaun dikenakan ke atas sebuah premis yang juga didapati ingkar SOP ditetapkan.
“Kesalahan paling banyak dilakukan sepanjang minggu lepas adalah gagal memastikan pekerja dan individu mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kesemua kompuan tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPPB (LLDKTJ)(PPN) 2021.
“Polis mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama,” katanya. — DayakDaily