Riot dan Hung bincang langkah-langkah kembangkan pelaburan Malaysia-Taiwan

Riot (duduk empat dari kiri) bersama pengarah-pengarah urusan syarikat gergasi di majlis makan malam.

KUCHING, 23 Sept: Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Datuk Seri Richard Riot Jaem pada semalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pejabat Ekonomi dan Budaya Taiwan di Malaysia, Anne Hung.

Pada pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara itu, kedua-dua pemimpin telah berbincang mengenai langkah-langkah untuk mengembangkan pelaburan antara Malaysia dan Taiwan.

Ia merupakan pertemuan kedua setelah lawatan Hung ke pejabat Riot di Putrajaya pada 15 Julai lepas.


Selesai perbincangan, Riot seterusnya menghadiri Majlis Makan Malam kelolaan Persatuan Pelabur Taiwan di Malaysia (TIAM).

Majlis itu dihadiri oleh barisan pengarah-pengarah urusan syarikat gergasi yang bertapak di seluruh pelosok negara. — DayakDaily