Remaja maut dalam kemalangan di Jalan Melor, Tudan

PDRM logo.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 Okt: Seorang remaja lelaki maut selepas motorsikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh tiang lampu di Jalan Melor, Tudan pada petang semalam (29 Okt).

Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Mrng Seah, mangsa berusia 13 tahun itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Miri.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motorsikal jenis Honda Wave datang dari arah E-Mart Tudan melalui Jalan Tudan, semasa membelok ke kiri di simpang Jalan Melor, telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu melanggar lampu,” katanya.

Akibat kemalangan itu, mangsa tersebut telah mengalami kecederaan yang parah dan dihantar ke Hospital Miri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily