Dua pekerja buruh maut, dihempap dinding konkrit

Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

KOTA SAMARAHAN, 9 Mei: Dua pekerja buruh binaan maut, akibat dihempap dinding konkrit yang masih dalam pembinaan di Samarindah, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kedua-dua mangsa merupakan warganegara Indonesia, masing-masing berusia 29 dan 42 tahun.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.25 pagi.

Advertisement

“Kawalan Bomba Kota Samarahan menerima panggilan dari orang awam maklum mangsa dihempap konkrit dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) diarahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati runtuhan dinding parit yang dalam
pembinaan, anggaran ketinggian 5 kaki.

“Terdapat dua orang pekerja buruh lelaki warganegara Indonesia masih terperangkap dalam runtuhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak bomba terus menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan dua mangsa dengan bantuan pekerja binaan menggunakan jengkaut.

“Dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat pada jam 1 petang. — DayakDaily

Advertisement