Remaja lelaki maut, rakannya parah dalam nahas babitkan motosikal dan lori

Keadaan motosikal yang dinaiki mangsa.

Oleh Dean Adam

BETONG, Sept 4: Malang menimpa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun apabila dia maut, manakala rakannya parah apabila motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa yang disahkan meninggal dunia dikenalpasti sebagai Abang Mohd Hamizan.


Jurucakap polis berkata, kemalangan maut itu melibatkan sebuah motosikal dan lori.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badannya.

“Rakannya yang parah telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap polis menambah, mayat mangsa juga dibawa ke hospital sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. —DayakDaily