Rakyat patuh dan kes positif kurang, PKP boleh ditamatkan awal: Ismail

Ismail Sabri addressing the daily press conference on MCO.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, APR 28: Rakyat adalah penentu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) boleh ditamatkan atau tidak, tegas Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya hari ini, Ismail berkata, tahap pematuhan rakyat pada PKP adalah turun naik.

Katanya, ia digambarkan melalui jumlah tangkapan individu ingkar PKP yang dibuat oleh pihak polis pada setiap hari.

“Jumlah tangkapan masih turun naik, bererti tahap pematuhan kadang-kadang elok, kadang-kadang lebih teruk dari hari sebelumnya.


“Hari itu dah turun kepada 300 lebih tetapi tiba-tiba naik ke 600 lebih.

“Jadi dari segi pematuhan, saya ingatkan kepada semua agar patuh pada arahan PKP,” kata Ismail.

Tambah beliau, jika rakyat mematuhi arahan PKP dan jumlah kes kes positif Covid-19 berkurangan, PKP mungkin boleh ditamatkan awal dan banyak kelonggaran boleh dinikmati.

Namun katanya, walaupun jumlah kes positif nampak berkurangan tetapi kadang-kandang ia boleh meningkat juga.

“Sebab berlaku di beberapa negara walaupun telah turun dan tamatkan ‘lockdown’, tiba-tiba kes meningkat mendadak dan menyebabkan mereka terpaksa menutup lebih lama daripada PKP sebelumnya.

“Jadi bagi saya, apa yang patut kita buat adalah patuh supaya bila kita buka, kita buka seterusnya sampai bila-bila.

“Tiada guna kita buka 2 minggu, tiba-tiba berlaku peningkatkan mendadak kes menyebabkan kita terpaksa menutup semula dan menyukarkan kehidupan,’tegas Ismail.DayakDaily