Pukul kakak ipar sendiri, seorang lelaki ditahan polis untuk siasatan lanjut

Suspek (duduk) ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Feb: Padah mencederakan dan mngugut kakak iparnya sendiri, seorang lelaki warga tempatan ditahan pihak polis malam Selasa untuj tindakan lanjut.

Tangkapan dilakukan susulan menerima laporan polis daripada mangsa berhubung kejadian terbabit.


Suspek berusia 57 tahun itu ditahan sekitar jam 8 malam di kediamannya di Bandar Baru Permyjaya sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian.

Difahamkan, dalam kejadian pada hari yang sama, sekitar jam 6 petang itu, suspek tiba-tiba mengamuk dan bertindak menumbuk pengadubdi bahagian mukanya.

Susulan kejadian, pengadu, berusia 62 tahun telah tampil membuat satu laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan. — DayakDaily