Seorang lelaki ditahan disyaki cabul 3 anak tirinya

Suspek cabul anak tiri (tengah) ditahan JSJ IPD Miri.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Feb: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai mencabul tiga anak tirinya yang berusia 12, 13 and 15 tahun.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri susulan dimaklumkan mengenai kejadian oleh ibu mangsa pada petang Selasa.


Suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan di sebuah pondok pengawal di Taman Bulatan di sini sekitar jam 9 malam.

Difahamkan, sebelum tangkapan, ibu mangsa yang berasa curiga , telah membawa ketiga-tiga anaknya ke Hospital Miri untuk melakukan pemeriksaan perubatan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. — DayakDaily