Proses bedah siasat dua jasad mangsa tragedi ‘kepala air’ akan dijalankan Isnin ini

Mendiang Sarjan Simon Laja.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 5 Dis: Proses bedah siasat terhadap dua jasad mangsa tragedi ‘kepala air’ di Sungai Layun, Long Lama Baram pada malam Khamis lepas akan dijalankan Isnin ini (Dis 7), kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Anggota pasukan keselamatan yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Sarjan Simon Laja, 47, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri, dan pengawal keselamatan Petronas Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSPG), Kemian, 50.

Advertisement

Menurut Aidi, kedua-dua jasad anggota berkenaan kini berada di bilik mayat Hospital Miri.

Aidi turut ditanya mengenai tarikh dan lokasi pengebumian jasad mangsa.

“Tarikh pengebumian dan lokasi belum dapat apa-apa keputusan dari keluarga mendiang,” ujarnya ringkas dalam respon mesej WhatApps.

Mayat mangsa berjaya ditemui sekitar jam 3 petang pada Jumaat (Dis 4)  selepas dihanyut ‘kepala air’ pada malam Khamis dekat Kem Layun.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 8 malam, ketika mangsa bersama enam anggota yang lain sedang berehat berhampiran sungai tersebut selepas menjalankan rondaan rutin.

Sepasukan anggota PGA Miri kemudian berangkat ke Klinik Kesihatan Long Lama petang Jumaat untuk membawa balik kedua-dua jenazah selepas ditemui petang itu. — DayakDaily

Advertisement