Polis: Orang awam perlu fahami cara kesan wang palsu

Supt Aidil Bolhassan

Oleh Dean Adam

PADAWAN, Mac 14: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan memberi nasihat dan panduan kepada masyarakat umum berkenaan prosedur operasi standard wang palsu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan berkata, setiap juruwang mesti memahami cara mengesan wang palsu dan sentiasa berjaga setiap masa apabila menerima wang untuk mengelak menerima wang palsu.


Katanya, setiap wang yang dipercayai palsu yang diterima di kaunter, cawangan dan unit operasi harus menyuruh pelanggan atau penyerah wang untuk mengisi borang

“Penyerahan wang Ringgit Malaysia yang dipercayai palsu, cawangan atau unit operasi harus memastikan maklumat diisi dengan lengkap.

“Sekiranya pelanggan enggan menyerahkan wang, cawangan atau unit operasri harus menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidil menambah, semua wang yang dipercayai palsu tidak harus dicop “Disyaki Palsu”, ditulis, atau dipotong secara fizikal.

Manakala, untuk wang syiling, harus dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum menyerahkan satu salinan penyerah wang palsu kepada pihak polis beserta salinan wang palsu penerimaan atau penyerahan wang dari atau kepada pihak keselamatanm

“Cawangan yang menerima atau mendapati wang palsu dari pihak keselamatan harus membuat laporan polis dan menyerahkan laporan polis kepada pihak Ibu Pejabat beserta salinan wang palsu.

“Setiap wang yang dipercayai palsu dan telah disahkan adalah wang tulen harus diserahkan semula kepada pihak penyerah atau pelanggan,” katanya. — DayakDaily