Lima ejen judi ditangkap IPD Padawan

Pasukan operasi menjalankan siasatan di lokasi serbuan.

PADAWAN, 28 Sept: Seramai lima individu, ditangkap kerana disyaki ejen judi dalam talian dalam lima operasi berasingan oleh Task Force IPD Padawan semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita warga tempatan.

Katanya, tangkapan pertama dan kedua dilakukan di sebuah kedai makan di Pusat Komersil Emart, Batu Kawa pada jam 12.45 tengah hari hingga 1 petang.


Manakala tangkapan ketiga dan keempat dilakukan di Jalan Belatok, iaitu di sebuah rumah dan kedai sekitar jam 1 hingga 1.30 petang.

Tangkapan kelima pula dilakukan di sehuah kedai makan di Jalan Taman Sri Muhibbah, Kuching pada jam 5.15 petang,

Pasukan serbuan telah merampas lima unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Akta Rumah Judi Terbuka. — DayakDaily