Polis memberkas lelaki yang disyaki mencuri RM400 dari kedai minuman francais

Suspek (dua dari kiri) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 10 Mac: Perbuatan seorang lelaki melarikan wang tunai berjumlah RM400 dari sebuah kedai minuman francais terkemuka di sini membawa padah apabila dia ditahan pihak polis pada petang Jumaat (9 April).

Tangkapan dilakukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) kurang 24 jam selepas kejadian.

Suspek ditahan di kawasan perumahan Sungai Baong pada sekitar jam 4.40 petang Jumaat.

Dalam kejadian yang dilaporkam berlaku sekitar jam 9 malam pada Khamis (8 April), suspek berusia 27 tahun telah datang ke premis tersebut yang terletak di Marina Park dan memesan minuman, namun diberitahu juruwang yang bertugas mereka tidak lagi mengambil pesanan memandangkan sudah waktu tutup kedai.


Dalam sekelip mata, suspek secara tiba-tiba bertindak mengambil wang tunai RM400 di atas meja kaunter lalu keluar dari premis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. — DayakDaily