PM ingatkan majikan patuhi kapasiti pengoperasian yang dibenarkan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Advertisement

KUCHING, 15 Ogos: Majikan di sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian diingatkan untuk mematuhi kapasiti pengoperasian yang dibenarkan bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia penting setelah Kerajaan bersetuju membenarkan semua aktiviti tidak perlu kembali beroperasi bermula esok di negeri Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ā€œKapasiti pengoperasian dibenarkan 100 peratus jika kadar vaksinasi lengkap pekerja adalah 80 hingga 100 peratus.

Advertisement

ā€œManakala hanya 80 peratus kadar pengoperasian dibenarkan jika kadar vaksinasi lengkap pekerja ialah 60 hingga 79 peratus.

ā€œDan hanya 60 peratus kadar pengoperasian dibenarkan jika kadar vaksinasi lengkap pekerja 40 hingga 59 peratus,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhyiddin, keputusan ini akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang bimbang dengan risiko penularan.

Namun katanya, setiap ketetapan dibuat dengan berhati-hati setelah lebih setahun negara berada dalam situasi pandemik Covid-19.

ā€œBanyak majikan mula mengurangkan tenaga kerja sekaligus menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Dalam situasi sukar ini, kerajaan tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan.

ā€œKepada majikan,Ā Kerajaan amat berharap kemudahan yang diumumkan hari ini dapatĀ merancakkan semula perusahaan masing-masing.

ā€œSaya ingin mengingatkan semua majikanĀ supaya mematuhi dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum memulakanĀ semula operasi bagi memastikan keselamatan pekerja dan tempat kerja terjamin,ā€ katanya.

Pada masaĀ yang samaĀ tambah Muhyiddin, pihak majikan digesa memanfaatkan sepenuhnya inisiatif subsidi upah yang disediakan Kerajaan bagiĀ memastikan setiap pekerjaĀ memperolehi bayaran gaji mereka. ā€” DayakDaily

Advertisement