PKP: Pengagihan bantuan makanan di DUN Kakus lancar

Sebahagian daripada aktivi pengagihan bantuan makanan asas kepada penduduk rumah panjang di DUN Kakus.

KUCHING, APR 7: Pengagihan bantuan bekalan makanan asas ke rumah-rumah panjang yang terletak di Ulu Kakus, Penyarai dan Sangan berjalan lancar semalam.

Sebanyak 484 ketua isi rumah telah menerima bantuan berupa keperluan harian seperti beras, gula, teh, kopi dan lain-lain yang bertujuan meringankan beban penduduk luar bandar yang terjejas akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera yang juga ADUN Kakus, Datuk John Sikie terus mengingatkan penduduk agar kekal berada di rumah panjang masing-masing.


Katanya, PKP harus dipatuhi dan bantuan tetap akan dihantar ke tempat mereka walaupun jauh di pedalaman.

“Bantuan ini akan dihantar secara berperingkat di semua kawasan DUN Kakus.

“Bagi kawasan yang belum mendapat bantuan, diharap bersabar kerana bantuan akan sampai sedikit masa lagi,’katanya pada kenyataan semalam.

Kawasan paling jauh di pedalaman di DUN Kakus iaitu di Long Beyak juga telah menerima bantuan semalam.

Pada hari sebelumnya, bantuan telah dihantar ke kawasan Senunok, Entajum, Sangan iaitu dari Rh Robert Ahsoon sehingga ke Nanga Jenga Anap, Tatau.

Pengagihan dilakukan Pusat Khidmat GPS DUN Kakus dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan seperti Bomba, Polis, Tentera dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. —DayakDaily

Sebahagian daripada aktivi pengagihan bantuan makanan asas kepada
penduduk rumah panjang di DUN Kakus.