Pertandingan fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022 masih lagi dibuka sehingga 18 Februari ini

Pegerusi penganjur pertandingan Alan Yong (tiga dari kanan) bersama presiden NJSA Andy Jong (dua dari kanan ) menerima sumbangan beras dari pihak Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 13 Feb: Masyarakat Miri dialu-alukan menyertai pertandingan fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina terbuka 2022 sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) melalui e-mail dan laman Facebook rasmi “NSJA Miri”.

Menurut Presiden NSJA, Andy Jong Wan Joon, penyertaan masih lagi terbuka sehingga 18 Februari ini.

Advertisement

Nilai hadiah keseluruhannya berjumlah RM5,000 menantikan para pemenang untuk memenangi, termasuk hadiah wang tunai,hadiah barangan berupa Power Bank 50000mAh, 5kg beras wangi Bunga Teluki Fragrant jenama Shun Rice dan sijil penghargaan.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori terbuka dan kategori ahli NSJA.

Setiap pemenang akan memenagi hadiah wang tunai, sijil penghargaan, power bank 50000mAh dan 5KG Beras Wangi.

Salah satu penaja pertandingan, Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd semalam telah menyumbangkan 14 bungkus beras wangi Bunga Teluki Fragrant jenama Shun Rice kepada pemenang (5kg) , selepas menerima kunjungan hormat NSJA yang diketuai oleh presidennya Andy Jong Wan Joon dan pengerusi pertandingan Alan Yong Siaw Chyang.

Ketika ditemui selepas kunjungan tersebuy, presiden NSJA Andy Jong berkata, pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baharu Cina 2022 terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa yuran pendaftaran.

Tarikh akhir penyertaan pada 18 Februari.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman Facebook rasmi NSJA Miri untuk keterangan lanjut tentang peraturan pertandingan.

Peserta hanya menghantarkan gambar penyertaan melalui e-mel berserta maklumat peribadi termasuk nama penuh, nombor IC, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan slogan terus hantar ke nsja.miri@gmail.com, sebelum tarikh tutup 18 Februari, 2022.

Tema untuk pertandingan ini berdasarkan suasana Tahun Baru Cina 2022 di sekitar bandar raya Miri, bermakna peserta perlu mengambil gambar yang berkaitan dengan suasana dan hiasan Tahun Baru Cina di sekeliling persekitaran bandar raya Miri.

Pihak penganjur akan memuat naik semua penyertaan ke laman Facebook rasmi NSJA Miri untuk undian umum selepas tarikh tutup penghantar penyertaan pada 18 Februari 2022.

Pengundian penyertaan akan dimulai pada 19 Februari sehingga 28 Februari 2022.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk membantu dan mempromosikan suasana Tahun Baru cina 2022 di persekitaran bandar raya Miri, menarik perhatian untuk membantu memperkenalkan dan mempromosikan bandaraya pelancongan Miri menyumbang kepada industri pelancongan, kata Jong.

Jong dan Yong serta ahli jawatankuasa telah mengadakan kunjungan hormat terhadap tetamu kehormat serta penaja Menteri Muda Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dan perkongsian penaja Miri City Mayor YB Adam Yii Siaw Sang dan pengurus Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd Jimmy Yii Jiun Hieng bagi menjayakan program pertandingan fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022 ini. — DayakDaily

Advertisement