KUCHING, 19 Feb: Beberapa ‘kaki pancing’ dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan tangki air di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhuhung kejadian pada jam 7.13 malam.
Katanya, beberapa anggota dari Balai Polis Batu Kawa terus ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Dedah beliau, identiti mangsa sudah dikenal pasti iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan berasal dari Kuching.
Beliau turut memberitahu siasatan awal setakat ini tidak menemui barangan yang mencurigai serta tiada unsur jenayah terhadap mangsa.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). — DayakDaily