Penunggang motosikal cedera, rempuh belakang kereta di Jalan FAC

Mangsa tercampak dari atas motosikalnya.

KUCHING, 17 Ogos: Seorang penunggang motosikal cedera selepas berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan FAC, pagi tadi.

Difahamkan, lelaki terbabit bergerak dari arah Telaga Air apabila dikatakan tidak sempat mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan raya berkenaan.

“Mangsa merempuh bahagian belakang kereta berkenaan dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di beberapa anggota badannya,” kata sumber.


Katanya juga, beberapa anggota paramedik hadir di lokasi kejadian selepas menerima laporan berhuhung kejadian.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad turut mengesahkan kemalangan tersebut yang dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi.

Menurutnya, selepas diberikan rawatan kecemasan, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Siasatan lanjut oleh pihak polis masih dijalankan. — DayakDaily