Penghuni Rh Libau di Niah dipindahkan ke hotel

Operasi pemindahan penduduk Rh Libau ke hotel.

KUCHING, 11 Mei: Seramai 46 penghuni Rumah Libau di Niah yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dipindahkan ke QC Hotel Emart Riam.

Menurut laporan UKAS, operasi pemindahan yang menggunakan 2 buah bas telah berjalan lancar pada semalam.

Semua penghuni yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang operasi pemindahan itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri mengambil tindakan tersebut sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di kalangan rumah panjang berkenaan.

Sebelum ini, Rumah Libau telah dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang melibatkan 507 penduduk untuk tempoh 14 hari bermula 5 Mei hingga 19 Mei 2021. — DayakDaily