CAC di Dewan Masyarakat Padungan berpindah ke Stadium Perpaduan

Notis Pemberitahuan

KUCHING, 29 Ogos: Pengoperasian Pusat Pemeriksaan Covid-19 (CAC) di Dewan Masyarakat Padungan di sini telah berpindah ke Stadium Perpaduan di Petra Jaya mulai semalam, 28 Ogos.

Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dalam notis pemberitahuan berkata, pusat tersebut akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat.

Manakala pada Sabtu dan Ahad, pusat beroperasi dari jam 8 pagi hingga 1 petang.


Namun, perkhidmatan saringan Covid-19 masih diteruskan seperti biasa di Dewan Masyarakat Padungan.

Perkhidmatan saringan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat.

Manakala pada Sabtu, Ahad dan cuti umum, ia beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. — DayakDaily