Penduduk kampung gempar, mayat wanita ditemui mati tergantung

Anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian.

KUCHING, April 4: Penduduk di Kampung Pasir Pandak di sini gempar dengan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui mati tergantung di sebuah rumah di kampung berkenaan semalam.

Ketika ditemui, mayat mangsa yang berusia 36 tahun itu dalam keadaan hampir reput.

Sebelum penemuan tersebut, jiran kepada mangsa pelik dan curiga dengan bau busuk yang datang dari arah rumah mangsa.

Penduduk kampung kemudian menghubungi pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Sebaik tiba, anggota polis menemui mayat mangsa dalam tergantung.


Anggota polis kemudian menurunkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Buat masa ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — DayakDaily

Share this article!