Pemuda disyaki mengamuk, membakar katil ibunya kerana tidak memberi duit

Suspek (tengah) ditahan JSJ IPD Miri.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Mei: Berang kerana permintaannya untuk sejumlah wang daripada ibunya, seorang pemuda disyaki bertindak membakar katil mangsa.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada Ahad (22 Mei) lepas sekitar jam 9 malam itu di Kampung Dagang Bekenu, suspek turut merosakkan motorsikal milik ibunya.

Satu laporan polis telah dibuat susulan kejadian.

Bertindak daripada laporan tersebut, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan suspek berusia 30 tahun itu di perkarangan Hospital Miri pagi tadi sekitar jam 11.50 pagi, jelas Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.

Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. — DayakDaily