Seorang terperangkap, kemalangan di Kanowit

Mangsa dikeluarkan oleh anggota penyelamat.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KANOWIT, 23 Mei: Seorang lelaki dilaporkan terperangkap di dalam kereta jenis Toyota Rush yang dipandunya terbabas di Jalan Ngungun, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.49 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.


“Dengan menggunakan konsep RECEO, pasukan bomba mengeluarkan mangsa menggunakan spinal board.

“Mangsa berjaya dikeluatkan dan diserabman kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, difahamkan keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan. — DayakDaily