Pemuda disyaki lalok dadah ditahan selepas mengamok

Suspek (tengah) ditahan selepas satu laporan mengenai kejadian dilaporkan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 13 Dis: Padah mengamuk ketika tengah lalok dadah dan mengugut bapa kandung sendiri, seorang lelaki warga tempatan telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Tangkapan dilakukan susulan satu laporan daripada pengadu yang juga bapa kepada suspek pada pagi Ahad selepas insiden.


Difahamkan kejadian dilaporkan telag berlaku di kediaman pengadu di Kampung Sulap Lada sekitar jam 8 pagi.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 29 tahun itu dilaporkan telah merosakkan tempat letak kereta bapanya dan barangan didalam bilik.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Bekenu pagi tadi (13 Dis) sekitar jam 11 pagi. — DayakDaily