Pemandu cemas, kereta dipandu terbakar

Kelihatan sebuah kereta yang terbakar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

MUKAH, Julai 1: Seorang pemandu kereta cemas apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian di Jalan Mukah-Balingian, lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu mengakibatkan sebuah kereta Perodua Kancil terbakar kira-kira 80 peratus.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.33 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar kereta tersebut.

“Pemeriksaan mendapati, pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi ditamatkan pada pukul 6.58 petang. — DayakDaily