Pejabat JTS Bintulu ditutup sementara mulai hari ini

Closed. — DayakDaily.com file pic. // Image by Gerd Altmann from Pixabay

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 14 April: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Bintulu akan menutup operasi pejabat untuk sementara waktu bermula pada hari ini sehingga diberitahu kemudian.

JTS dalam kenyataan hari ini berkata, ia adalah langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Oleh yang demikian, segala urusan berkaitan dengan urusan bayaran cukai tanah, premium tanah dan sebagainya bolehlah dibuat secara atas talian iaitu melalui e-Lasis dan Mobile Lasis yang boleh dimuat turun Aplikasi Google Play atau Aplication Store pada telefon pintar atau komputer.


Sekiranya ada apa-apa pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut bolehlah berhubung di talian 082-444111 atau email ke landsurvey@sarawak.gov.my. — DayakDaily