Perkhidmatan JTS Bintulu beroperasi semula hari ini

Land and Survey Department

KUCHING, 19 April: Operasi perkhidmatan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Bintulu beroperasi seperti biasa mulai hari ini setelah ditutup pada 14 April, 2021 lepas.

JTS menerusi kenyataan hari ini berkata, proses disinfeksi dan sanitasi pejabat JTS Bintulu telahpun dilaksanakan pada Khamis lalu iaitu 15 April, 2021.

Proses dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


JTS Bintulu juga telah mengambil langkah perlu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan kakitangan dan orang ramai dengan mengamalkan langkah penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard pencegahan lain dalam mengurangkan penularan wabak Covid-19. — DayakDaily