Seksyen Pendaftaran JTS Kuching ditutup 4-6 Ogos

File photo of firefighters carrying out sanitisation works.

KUCHING, 4 Ogos: Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching akan menutup operasi Seksyen Pendaftaran untuk sementara waktu bermula 4 sehingga 6 Ogos 2021.

JTS dalam kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan akan beroperasi semula pada Isnin, 9 Ogos 2021.

“Ini sebagai langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Segala urusan berkaitan boleh dibuat secara atas talian melalui e-Lasis dan Mobile Lasis yang boleh dimuat turun Aplikasi Google Play atau Apps Store pada Telefon Pintar atau Komputer.

Menurut JTS, janji temu yang dibuat pada 4 hingga 6 Ogos 2021 ke Seksyen Pendaftaran berkenaan dibatalkan.

Justeru, pemohon dinasihatkan mengemukakan pemohonan baharu untuk janji temu.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut bolehlah berhubung di talian 082-444 111 atau email ke landsurvey@sarawak.gov.my. — DayakDaily