Abang Johari terima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan yang baru

Abang Johari (kanan) menerima cenderahati daripada Amir semasa kunjungan hormat itu di Kuching.

KUCHING, 14 April: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Persekutuan Sarawak yang baru Dato’ Amir Omar di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), kunjungan hormat itu bertujuan meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Perbincangan ini amat bermakna kerana kita dapat mengeratkan lagi kerjasama dalam menjayakan projek-projek pembangunan di Sarawak dan kita berbincang berhubung dengan pendidikan luar bandar, isu-isu keselamatan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar khususnya di kawasan pendalaman.


“Kita juga ada berbincang bagaimana hendak mempercepatkan lagi projek-projek terutama projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya rakyat dapat menikmati pembangunan,” kata Amir ketika ditemui selepas kunjungan tersebut.

Ini merupakan perjumpaan pertama beliau bersama Ketua Menteri setelah menjawat tugas sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak pada 5 April yang lepas. — DayakDaily