PBB pindaan perlembagaan buka ruang until golongan wanita dalam MKT

Abang Johari (duduk tiga dari kanan) pada sidang media selesai Perhimpuan Agung Tritahunan PBB Di Kuching.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Chris Bishop

KUCHING, 19 Jun: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meminda perlembagaannya bagi membolehkan ramai lagi golongan wanita berada di dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, parti tersebut sememangnya mahukan penglibatan golongan wanita di peringkat tertinggi dan ia dilaksanakan secara beransur-ansur.



“PBB ingin menambah pemimpin wanita di dalam Majlis Kerja Tertinggi, kita sudah buat pindaan kepada perlembagaan parti.

“Sekarang kita hanya ada Fatimah (Dato Sri Fatimah Abdullah),” katanya dalam ucapan di Majlis Penangguhan Perhimpunan Agung Tritahunan PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Pada sidang media selesai majlis, Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, kerajaan negeri pimpinannya tidak mengamalkan diskriminasi gender.

Menurut beliau, ekonomi baru berteraskan digitalisasi dan teknologi mementingkan kebolehan setiap individu.

katanya, selagi individu lelaki atau perempuan memiliki kebolehan maka individu tersebut akan mengisi kekosongan jawatan yang ada.

“Sarawak ada populasi sebanyak 2.8 juta dan pembangunan kita sangat pantas termasuk digitalisasi dan sektor pembuatan yang berteraskan kepada sumber sedia ada.

“Banyak industri hiliran berkaitan minyak dan gas, sudah tentu proses pengeluaran yang melibatkan teknologi memerlukan kebolehan lelaki dan wanita, peluang memang ada kepada semua,” ujar beliau. — DayakDaily